Muhammad Izdwadi b Kamuruin
Beliau dilahirkan pada tahun 1984 di Kuala Besut, Besut, Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Nurul Ittifak, Besut dan seterusnya di Sekolah Menengah Teknik Besut.
Beliau memperolehi kelulusan Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Politeknik Kota Bharu (2002-2004), seterusnya beliau menyambung pengajian Diploma Kejuruteraan Elektronik (2005-2006) di institusi yang sama.
Berbekalkan kelulusan dan kemahiran beliau dalam bidang elektrik dan elektronik, beliau telah bekerja di Kilang Motorola, Pulau Pinang (2006-2008) sebelum beralih arah untuk bekerja di Petronas Gas Kerteh pada pertengahan 2008. Dalam pada itu beliau memohon jawatan dalam perkhidmatan awam sebagai Juruteknik Komputer gred FT17. Permohonan beliau telah berjaya dan ditempatkan sebentar di PKG Ayer Lanas, Jeli sebelum ditukarkan ke PKG Gaal pada 1 April 2009.
No comments:
Post a Comment