Wednesday 11 January 2017

1 Januari 2017 Pemantauan persiapan awal tahun 2017 BTPN ke PKG Gaal telah dilakukan.

Tujuan pemantauan adalah untuk memastikan persiapan PKG telah dilakukan bagi menjalankan aktiviti pada tahun berkenaan.




Tuesday 12 January 2016


Assalamualaikum,

Merujuk kepada surat Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan nombor rujukan KP(BTP-PENT)8801/2/22 jld.4(98), meminta sekolah membuat permohonan peruntukan untuk OS28000 penyelenggaraan kecil,OS32000 untuk penyelenggaraan besar dan OS35000 untuk perolehan aset (perabot). Diminta GPMS berbincang dengan pihak sekolah untuk membuat permohonan peruntukan tersebut.
Tindakan GPMS adalah untuk memuat turun semua borang tersebut dan membuat anggaran peruntukan bersama pentadbir sekolah berpandukan contoh yang ada, serta membuat pengesahan pada borang tersebut sebelum menghatar kepada PKG Gaal selewatnya 20 Januari 2016.

Sekian, terima kasih.

PTP1 PKG Gaal.



Link di bawah ini merangkumi contoh borang permohonan OS28000, OS32000 dan OS35000.

http://gg.gg/PKGGAAL16-1


4 Januari 2016 Pemantauan persiapan awal tahun 2016 BTPN ke PKG Gaal telah dilakukan.

Tujuan pemantauan adalah untuk memastikan persiapan PKG telah dilakukan bagi menjalankan aktiviti pada tahun berkenaan.

Wednesday 29 April 2015

29 April 2015 : PKG Gaal sekali lagi telah mengadakan  Kursus Pemantapan Pengurusan PSS dan NILAM untuk Guru Perpustakaan dan Media, serta Guru NILAM sekolah kelompok. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 27 hingga 29 April 2015  bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.Kehadiran peserta seramai 26 orang.Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada Guru Perpustakaan dan Media Sekolah.
Pada hari pertama kursus ini berlangsung, guru GPMS telah dijemput sebagai peserta untuk slot pengurusan PSS, manakala pada hari kedua pula melibatkan guru Nilam didedahkan kepada program NILAM. Kursus ini  adalah bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan guru GPMS dan guru NILAM melalui perkongsian pendapat, idea dan meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhanya serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya program NILAM khususnya diperingkat sekolah.Pada permulaan bengkel satu mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan PSS telah diadakan dan melantik Pengerusi serta jawatankuasa yang baru.Manakala jawatankuasa yang lepas telah dibubarkan.
Pada sesi pertama pembinaan laman blog PSS  sekolah telah dikemaskini dan diwujudkan.Sesi kedua GPMS telah mengimport data nilam dan mengemaskini rekod bacaan murid.
Pada hari kedua, Sesi penghasilan laman VLE dalam PdP.Selanjutnya mengemaskini data PSS
PKG Gaal  telah menjemput En. Tee Yung Ting Poo , Mantan Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Kelantan  sebagai penceramah jemputan untuk kursus ini. Antara aktiviti dan tajuk ceramah yang telah disampaikan adalah pengurusan PSS, organisasi bahan, pembestarian sekolah, galakan membaca dan literasi maklumat.